Friday 5 June 2009





Salam,
Penggunaan Pusat Sumber Sekolah, sebagai pemangkin gerbang maklumat, perlu dipraktikan bukan sahaja dengan menyediakan bahan berasaskan buku dan bukan buku tetapi juga berasaskan web. Jesteru itu saya mengambil kesempatan di sini untuk menghasilkan satu modul pengajaran berasaskan web yang boleh digunakan oleh semua guru dan pelajar sebagai satu kesinambungan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

Modul ini juga berupaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih menarik, mencabar dan terkini.Malah pelajar berupaya mengakses maklumat di mana-mana mereka berada sama ada di sekolah dan di rumah. Sebagai gerak kerja tambahan mereka.

Modul ini juga bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar mempraktikan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) sama ada untuk menyiapkan tugasan, kertas projek, folio mahupun mendapatkan maklumat tambahan mengenai sesuai perkara secara terancang dan berkesan dan secara tidak langsung menjadikan kemahiran ICT ini sebagai satu cara pembelajaran mereka.

Hal ini, beketepatan dengan kaedah pembelajaran di insitusi pengajian tinggi yang menekankan kajian ilmiah menggunakan laman web. secara tidak langsung ianya berupaya mendidik dan memastikan pelajar-pelajar menggunakan Internet secara berhemah,berfikirah dan memberikan menafaat kepada diri mereka sendiri,

Selamat mencuba,


Ismai Bin Yon
Guru Cemerlang Media
SMK.Jalan Mengkibol,Kluang.

2 comments: